MEDIANADNEWS.COM,-Alhamdulillah, sekitar Lawatan Kerja Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Dr. Zulkifli Hasan ke Kelantan pada 7 April 2024, antaranya diisi dengan Program Ziarah Kasih Madani di kawasan Kampung Jelor dan Kampung Saring, di Jajahan Pasir Puteh.
Selain berpeluang berkenalan dengan warga masjid dan penduduk di sini saya sekaligus dapat menziarahi beberapa buah rumah dan menyampaikan sedikit sumbangan keperluan harian dan kewangan kepada beberapa keluarga yang memerlukan.
Ada antara mereka yang sudah uzur, sakit dan lain-lain.
Seramai 15 keluarga asnaf dari Kampung Jelor, Kampung Dalam Pupuh dan Kampung Gong Macam Manis telah disantuni dengan sumbangan bekalan makanan asas dan duit raya.
Antara yang paling menyentuh hati adalah bilamana Dr. Zulkifli menyantuni seorang ibu tunggal yang memelihara 12 orang anaknya seorang diri, di sebuah rumah yang sangat dhaif.
Mewakili YADIM Negeri Kelantan dalam kunjungan ini ialah pengarahnya, Ustaz Haji Mahadi Awang.
Turut serta ialah pemimpin setempat, Encik Abdul Halim Mohamad.
Terdahulu, Dr. Zulkifli mengadakan pertemuan dengan Sahibus Samahah Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad.
Mereka berdua pernah bersama-sama dalam Jawatankuasa Panel Muamalat JAKIM.
Mendengarkan pengalaman dan perkongsian Datuk Mufti sambil bertukar pandangan mengenai pelbagai topik semakin menambahkan lagi semangat dan azam Dr. Zulkifli untuk sentiasa belajar perkara-perkara baru.(gus)