Timbalan Menteri Agama Santuni 180 Calon UPKK di Seremban

0
464
YB Senator Dr Zulkifli Hasan
Google search engine

Google search engine

MEDIANADNEWS.COM,: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dr Zulkifli Hasan hadir mengumumkan keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2023 di Sekolah Rendah Islam (SRI) Seremban, di hadapan seramai 153 calon pelajar Sekolah SRI Seremban dan 27 pelajar Sekolah SRI Seremban cawangan Nilai yang menduduki peperiksaan UPKK 2023.

Beliau berkata, ibu bapa memainkan peranan penting dalam memastikan anak-anak dalam persediaan terbaik bagi menghadapi peperiksaan. Dr Zulkifli juga menzahirkan penghargaan kepada guru-guru, lembaga pengelola, pengurusan, staf dan seluruh warga sekolah yang mendidik anak-anak dengan baik, Kamis (18 April 2024).

Beliau turut mengambil keputusan UPKK anak beliau di Sekolah Sri Seremban, di samping meluangkan masa meraikan semua anak-anak darjah 6 yang menunggu keputusan UPKK masing-masing.

Sementara itu di Putrajaya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, seramai 28,531 daripada 230,587 calon menduduki UPKK 2023 berjaya mencatatkan keputusan cemerlang dengan memperolehi A dalam kesemua lapan mata pelajaran peperiksaan itu.

Mata pelajaran berkenaan ialah al-Quran, Ulum Syariah, Sirah, Adab, Jawi dan Khat, Lughatul Quran, Penghayatan Cara Hidup Islam serta Amali Solat.(gus)

Google search engine
Google search engine

TINGGALKAN KOMENTAR

Silakan masukkan komentar anda!
Silakan masukkan nama Anda di sini